DIPLOMA SENI KULINARI/DIPLOMA IN CULINARY ARTS (A11469)


                                                                                                          
JANGKAMASA8SEMESTER

PENGENALAN

Kursus ini memenuhi keperluan dengan pemahaman yang meluas tentang aspek operasi di dalam bidang kulinari yang menekankan kepada kemahiran dan pengetahuan teori. Pelajar mempelajari pelbagai aspek menjalankan dan menguruskan operasi dapur, perniagaan katering, mempelajari kemahiran asas masakan sama ada masakan tempahan, antarabangsa atau masakan ala barat serta perkhidmatan secara komersial. Pelajar juga akan mempelajari dari aspek membeli, penyeliaan, keusahawanan, keselamatan makanan dan sanitasi, pembangunan sumber manusia, organisasi an penyelenggaraan dapur yang mana akan menyediakan pelajar dengan asas keperluan alam kerjaya di dalam bidang hospitaliti serta mengikuti perkembangan semasa industri hospitaliti.

MATLAMAT KURSUS

·         Diploma seni kulinari mensasarkan mendidik pelajar berkenaan operasi makanan dan pengurusan yang menggabungkan unsur-unsur kesenian di dalam kulinari serta kemahiran dan latihan sera ‘hand-on’ di dapur pada peringkat professional

·         Jurusan ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan pasaran yang melalui perubahan dalam pelbagai jenis lapangan kerjaya kreatif

·         Ia turut membantu pelajar memperoleh pengetahuan secara khusus dan menekankan kemahiran dan pengalaman dalam bidang kulinari di peringkat antarabangsa mahupun memenuhi kehendak industry kerjaya masa kini

PELUANG PEKERJAAN

Pembantu dan tukang masak di hotel, resort. Industry kapal persiaran, restoran, hospital, asrama, kedai makan, katering penerbangan dan lain-lain
Chef penyelidikan dan pembangunan
Pengkritik, wartawan atau penulis makanan, perunding dalam pembuatan dan pengeluaran pelbagai jenis makanan berkualiti
Penolong Pengurus dan pengawal dalam pengurusan makanan dan minuman (F&B)
Meraih Kerjaya sebagai jurujual atau perunding makanan dan katerer

CLICK UNTUK MEMOHON/DAFTAR
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...