DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (MQA/PA 15576)

 DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ( MQA/PA 15576)




JANGKAMASA8SEMESTER

PENGENALAN 


Program ini bertujuan menghasilkan Graduan yang memahami pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak seperti pengurusan kurikulum, psikologi kanak-kanak, pendekatan pendidikan kanak-kanak, perkembangan fizikal dan sahsiah kanak-kanak, aspek kesihatan, keselamatan dan pemakanan, memahami kanak-kanak istimewa, kemahiran mengajar serta kemahiran mengurus dan memimpin program pendidikan awal kanak-kanak. Pelajar juga didedahkan dengan pemahaman yang lebih mendalam kepada realiti tempatan, watak moral dan intelektual yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak.

MATLAMAT KURSUS

·         Untuk mempersiapkan graduan dengan kemahiran asas di dalam memberikan pendidikan bagi memikul tugasan sebagai seorang warga pendidik.

·         Menanamkan di dalam diri pelajar dengan kemahiran praktikal di dalam pendidikan serta mampu untuk berfikiran kritis,berkebolehan menganalisis dan kemahiran menyelesaikan masalah. 

       Mendedahkan bakal pelajar dengan pelbagai dispilin sebagai salah seorang bakal manjadi warga pendidik yang mempunyai pengetahuan yang luas di dalam bidang ini. 

      Mewujudkan pelajar-pelajar yang mampu mencetuskan idea baru,prihatin dan berdikari agar bersedia menempatkan diri di dalam era maklumat ini pada masa kini. 

       PELUANG PEKERJAAN

Pensyarah                                 
Guru Tadika 
Guru Pra Tadika
Pengusaha Tadika dan Taska
Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
Usahwaan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak.


CLICK UNTUK MEMOHON/DAFTAR







 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...