Kepada pelajar-pelajar Lepasan SPM 2015 yang akan mendapat keputusan SPM tidak lama lagi (dijangka pada bulan Mar 2016) sememangnya pilihan utama untuk anda adalah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. disini kami ingin berkongsi kepada anda tip-tip atau panduan-panduan yang dapat membantu untuk pemilihan kursus nanti.
1. Kenali diri sendiri dahulu
Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang pelajar, ini adalah
perkara yang paling penting untuk difikirkan. Adakah anda benar-benar mengenali
diri ? Perkara ini benar-benar penting bukan sahaja untuk pemilihan kursus
semasa dan selepas SPM, tetapi juga untuk anda menjalani kehidupan yang banyak
menduga dan penuh cabaran.
Anda perlu sedar yang anda bukan lagi pelajar sekolah rendah.
Anda sudah hampir dewasa dan perlu mengawasi sendiri setiap gerak-geri
keputusan anda. Kematangan perlu diasah dan anda perlu pandai berdikari.
Asasnya, anda perlu sedar di mana kekuatan anda, dan di mana kelemahan anda.
Anda juga perlu singkap perkara-perkara yang anda minati dan sukai untuk
dikaitkan dalam pemilihan kursus dan karier. Know what you want and know what you
need. Ini perkara serius melibatkan masa depan anda.
2. Mengenai minat dan kebolehan
Satu perkara yang tidak patut dilakukan oleh pelajar-pelajar
adalah mengikut trend/flow dalam pemilihan karier dan kursus. Ini kerana minat
dan kebolehan anda dengan orang lain tidak sama. Setiap individual mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dan karakter yang berbeza-beza.Anda mungkin mahu
menyenaraikan segala karier yang bersesuaian denagn minat dan kemahiran anda.
Kemudian, mendapatkan maklumat mengenai karier-karier tersebut. Dari situ, anda
mungkin dapat menapis beberapa karier yang tidak sesuai dengan kemahuan dan
keutamaan anda. Contohnya, anda mungkin meminati kursus perubatan, tetapi
tempoh pengajiannya terlalu lama bagi anda, dan anda tidak pandai berkomunikasi
dengan orang awam. Oleh itu, kursus ini mungkin tidak sesuai dengan anda.
Pada sesetengah pelajar, pemilihan kursus mungkin tidak menjadi
masalah kepada mereka. Tetapi, untuk sesetengah pelajar yang lain, proses ini
masih tidak memberikan keputusan yang jelas kerana terlampau banyak kursus dan
karier yang mereka minati. Mungkin anda boleh mengambil beberapa kursus
sekaligus, jika anda mampu dari segi kewangan dan bermotivasi tinggi. Tetapi,
jika tidak, perkara ini akan menjadi sulit kerana berkemungkinan besar di
sinilah akan bermulanya pengaruh ibubapa dan kawan-kawan.
Sesetengah sekolah seperti saya di MRSM dulu, menjalankan ujian
inventori yang pada asasnya menilai apa kesukaan anda, apa yang anda tidak
sukai dan perkara-perkara yang anda mahir dan tidak. Daripada kepututusan ujian
tersebut, pelajar-pelajar boleh nampak kecenderungan mereka di dalam sesuatu
bidang. Oleh itu, ujian ini sangat baik untuk anda jika anda masih keliru
denagn pemilihan kursus.
3. Membuat keputusan berdasarkan tingkatan gaji di dalam karier
Sesetengah pelajar juga tidak perlu membuat pilihan kursus
berdasarkan minat, dan hanya memandang kepada kemewahan daripada karier yang
akan diceburi. Ini mungkin berkesan kepada mereka kerana tangga gaji yang
tinggi boleh menaikkan motivasi dan semangat mereka untuk berjaya di dalam
pelajaran.
Tetapi, anda perlu menilai juga sama ada anda layak untuk ke
kursus tersebut berdasarkan kemahiran anda. Jika anda tidak layak atau tidak
mempunyai sebarang kemahiran yang diperlukan dalam kursus itu, mungkin isu gaji
perlu ditolak ke tepi dahulu.
4. Percayakan diri sendiri
Ramai pelajar tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk
memajukan diri lebih jauh. Anda perlu percayakan diri anda dan kebolehan anda
kerana ini adalah salah satu proses mengenali diri sendiri, dan apabila anda
kenal akan diri sendiri, self-esteem anda akan meningkat secara automatik.
Jika anda mempunyai pegangan yang teguh dan tidak berubah-ubah,
anda pasti akan berjaya dalam apa jua yang anda lakukan. Ibubapa mungkin akan
meragui akan pilihan anda dan memberikan nasihat yang patut anda ambil kira.
Selepas itu, jika anda masih percaya yang pilihan anda adalah pilihan yang
tepat, mungkin anda patut berbincang lebih mendalam dengan ibubapa anda
mengenai pilihan anda.
5. Berbincang dengan ibubapa dan kaunselor.
Mendapatkan pandangan ibubapa adalah langkah yang bijak, tetapi
awas! Kerana sesetengah ibubapa mungkin menilai pemilihan kerjaya dan
mengaitkannya dengan wang. Walaupun mereka hanya ingin membantu, sesetengah
dari mereka mungkin secara tidak sedar mempengaruhi anda untuk memilih kerjaya
yang memberikan wang dan prestij yang lebih kerana mereka sudah biasa
mengaitkan wang dengan hidup yang gembira dan senang. Dan pilihan mereka
mungkin tidak sama dengan pilihan anda.
Akibatnya, anda mungkin akan menjadi keliru. Inilah masanya anda
mendapatkan nasihat orang luar yang profesional seperti kaunselor-kaunselor
kerjaya dan guru-guru. Mereka boleh dijadikan sumber maklumat mengenai kerjaya
pilihan anda, dan memberikan nasihat yang tidak bias dalam pemilihan kursus
tersebut.
6. Ambil masa untuk berfikir
Pelajar-pelajar patut mengambil masa untuk berfikir mengenai
pilihan-pilihan kursus yang telah dibuat.
Antara perkara-perkara yang patut difikirkan untuk kerjaya
adalah seperti:
-status gaji dalam kerjaya yang bakal diceburi
-peluang pekerjaan
-kemahiran yang diperlukan
-tangga kerjaya (peluang naik pangkat)
-kelayakan akademik
-jenis pekerjaan yang berpotensi dan apa tugas-tugasnya
-sama ada memenuhi keperluan/kemahuan diri
-kesesuaian persekitaran tempat kerja
-masa bekerja yang sanggup dikorbankan
-kemampuan diri sendiri dlm scope dgn subjek yang agak mencabar
g. Akhir sekali, ambil langkah ke arah pilihan kursus
Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, ambillah langkah
seterusnya untuk memasuki kursus tersebut, contohnya seperti mengisi borang
dengan betul dan bagi seorang Muslim, bersolatlah Istikharaah dan bertawakal
kepada Tuhan atas pilihan yang dibuat.
(UTK PELAJAR LEPASAN SPM): Jika anda masih
lagi ragu-ragu dan keliru mengenai pemilihan kursus di IPT, anda mungkin
mahu mengambil kursus-kursus minor yang diminati dahulu yang merangkumi
prinsip-prinsip asas sebelum anda memilih kursus major. Dengan cara ini, anda
mempunyai lebih masa untuk membuat pilihan dan mungkin melalui kursus-kursus
minor yang anda pilih dapat membuka minda anda untuk membuat keputusan.