Diploma Seni Kuninari - Cosmopoint College Kota Kinabalu



Bagi melahirkan tenaga kerja yang menepati kriteria industri, Kolej cosmopoint ada menawarkan program Diploma Seni Kulinari menerusi Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari. Program ini direka khusus untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dalam seni masakan



serta pengetahuan dan keupayaan untuk mengurus pengeluaran makanan mengikut piawaian antarabangsa. 
Kurikulum yang komprehensif diselaras bagi memastikan pelajar benar-benar mahir dalam pelbagai aspek teknikal meliputi tatacara penyediaan, pengurusan dan penyelenggaraan makanan. Pelajar turut dilengkapkan dengan ilmu berkenaan operasi dapur, pembangunan menu, penyediaan dan teknik persembahan makanan serta pengurusan makanan dan minuman.

Kolej Cosmopoint juga turut mempraktik konsep pembelajaran secara hands on di mana pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian dan cuba menyediakan sajian secara individu. Konsep ini dilaksanakan untuk menghasilkan graduan berkualiti, berdisiplin serta mampu bersaing di pasaran kerja.

Kelas malam juga disediakan.

Daftarlah Segera di http://www.cosmopointkk.com/p/borang-permohonan-on-line.html

Hostel dan Pengangkutan
Biasiswa untuk pelajar
(semua disediakan untuk anda)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...